Sunday, July 18, 2010

DISAAT INGIN BERPUTUS ASA

" Kehidupan ini penuh dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu kepada seribu macam pengorbanan " - Madah Pujangga

Pernahkah kita terfikir bahawa pada suatu saat dan ketika, kita sudah tidak berdaya meneruskan kehidupan, tiada apa yang perlu diusahakan untuk merubah perjalanan hidup.Setiap keinginan dan impian bukan sahaja tak mampu dicapai mengikut gerak akal dan minda namun bayang-bayangnya sendiri tidak kelihatan. Munkin itu sebenarnya yang kurasakan tika dan saat ini, terasa langkah ini semakin kecil dan mengecil tidak mampu berlari di saat orang lain telah jauh terkehadapan, adakah kesilapan merancang kehidupan dahulu harus dipersalahkan namun aku akur bahawa tiada apa yang bakal merubah apa yang telah terjadi..langkah ini perlu diteruskan walau masa semakin pendek sekurang-kurangnya biarpun bukanlah sesuatu kejayaan yang besar tapi cukuplah untuk melakukan perubahan pada diri sendiri munkin aku patut berkongsi kisah yang acapkali kita dengar pada zaman kanak-kanak ini..

Hayatilah kisah ini,selamat kembali pada zaman kanak-kanak.Semasa kecil kita mesti pernah dengar kisah perlumbaan arnab dan kura-kura.Seperti yang kita tahu kura-kura adalah haiwan yang bergerak perlahan.Manakala arnab di dalam cerita tersebut merupakan haiwan yang berlari laju tetapi sombong.Walaupun hakikatnya perlawanan itu dapat dijangkakan siapa pemenangnya,namun kura-kura tersebut tidak berputus asa.Kura-kura tersebut terus melangkah satu demi satu walaupun tapaknya kecil.Akhirnya berkat kesabarannya kura-kura tersebut telah berjaya memotong arnab.Arnab ketika waktu tersebut sedang berehat kerana terlalu memandang rendah kepada kura-kura.Hasilnya arnab lupa kepada matlamatnya untuk menamatkan perlawanan.Arnab lupa bahawa dia perlu menamatkan perlawanan tersebut kerana pada pandangannya kura-kura adalah terlalu mustahil untuk menang.Dek kerana terlupa pada matlamatnya,ini telah memberi kemenangan kepada kura-kura.Tetapi kita harus ingat,jika kura-kura tidak terus melangkah dan berehat seperti arnab adakah dia akan menang?

Tentunya tidak,kura-kura menang sebab dia terus melangkah, walaupun langkahnya kecil tetapi dia terus melangkah. Pada hari ini, namanya begitu gah jika kita kaitkan dengan cerita tersebut.

Begitu juga dengan kehidupan kita, biasanya perjalanan kita berlalu perlahan. Matlamat kita kelihatan begitu jauh.Sehinggakan tak dapat langsung mata untuk nampak bayang-bayang pehujungnya.Tetapi kita harus tahu, kita perlu sedar,kita perlu mengambil langkah kecil ini satu demi satu untuk berjaya.Oleh itu, hari ini,teruskan sahaja usaha anda. Jangan bimbang dan hanya teruskan langkah kecil anda itu. Percaya pada diri,kejayaan akan datang jua.Terus berusaha dan terus mara ke hadapan.Langkahlah satu demi satu seperti langkah kura-kura di atas yang terus gigih tanpa mengenal kepayahan.Ingat kejayaan bukan magik yang ada begitu sahaja tetapi ianya bermula dengan langkah kecil yang terus melangkah.

No comments:

Post a Comment