Monday, July 19, 2010

BERBALOIKAH SEBUAH ANUGERAH

Sebagai pekerja yang telah melaksanakan tugas seperti apa yang sepatutnya atau diarahkan, sudah tentulah kita mengharapkan penilaian yang terbaik atas kemampuan dan usaha yang dilakukan. Namun, dalam apa keadaan sekalipun kita tidak dapat tidak mencemburui rakan-rakan sekerja yang memperolehi Anugerah munkin samada dia menerima lebih awal atau acapkali menerimanya, memikirkannya akan membuat kita senak kepala, rasanya lebih baik jika kita tetapkan didalam minda bahawa rezeki itu bukan hak kita tetapi kurniaan Illahi.

Kadang-kadang kita berbangga dengan kejayaan-kejayaan dalam kerjaya contohnya munkin kita pernah menerima pingat atau Anugerah kecemerlangan atas tugas dan usaha serta pengorbanan yang kita lakukan untuk melaksanakan tugas kita sehingga diiktiraf munkin sebagai yang terbaik. Namun, tanpa kita sedari kita telah melupakan anugerah-anugerah kecil yang sentiasa berada di belakang kita untuk terus menyokong bagi kita memperolehi kecemerlangan atas pekerjaan yang kita lakukan.

Walaupun pada kali ini, rezeki memihak kepadaku, bagi aku berbaloikah anugerah itu atas pengorbanan insan-insan disekelilingku, mereka yang tersayang yang sentiasa bersamaku pagi petang siang malam, bersabar dengan karenah ku dan yang paling penting merelakan aku mencuri masa yang sepatutnya untuk mereka. Kadang-kadang kita hanya menilai pengorbanan kita terhadap tugasan yang kita lakukan tanpa kita sedari pengorbanan insan-insan lain yang membantu memberi laluan untuk kita dapat menjalankan bebanan tugas kita. Terima kasih tidak terhingga kepada suami dan anak-anakku kerana bagiku apa pun nilai sebuah anugerah samada kecil atau besar tetapi nilai yang paling besar bagiku adalah anugerah tuhan ini iaitu suami dan anak-anak yang sentiasa bersabar dan bersama dalam suka dan duka, susah dan senang.

1 comment:

  1. Anugerah itu merupakan satu bonus jika ia berbaloi..tetapi ia tetap berbaloi walaupun sekadar kecil, sekadar anugerah pujian, anugerah penghargaan, anugerah pingat dan sebagainya.. maka redholah dengan sebarang anugerah. Pengorbanan pula sesuatu yg tak boleh diukur dan diluahkan ianya seolah-olah satu yg unik dan tersendiri..

    ReplyDelete