Saturday, July 17, 2010

BUDAYA FESBUK MENGUNTUNGKAN ATAU MENJELIKKAN


Masa berlari begitu pantas walaupun masa yang sama dan peredaran bumi yang sama iaitu 24 jam, tiada yang berbeza namun seolah-olah kita tidak mampu mengejar masa untuk setiap kerja yang kita lakukan sehari-hari, mengapa?.Kadang-kadang aku tekenang zaman kecilku, berlari-lari anak bersama kawan-kawan menyusuri parit kecil dibelakang rumah jiran, sesekali menangkap berudu dilopak-lopak air, menghabiskan waktu petang bermain guli, baling tin dan macam-macam lagi permainan yang jarang dimainkan oleh anak-anak sekarang termasuk anak-anakku, jika tiada aktiviti disekolah kadang-kadang aku yang memaksa mereka keluar rumah, melihat dunia, bermain dan beriadah, apa tidaknya facebook,twitter,myspace seolah-olah sudah menjadi teman akrab, tanpanya seolah-olah tiada seri yang menerangi hidup sehari-hari, benarkah?. Munkin saja aku membenarkan kata-kata itu kerana facebook seolah-olah menjadi rakan pengubat luka, disaat sepi mencengkam, melayari facebook dan seumpamanya melihat gelagat kawan-kawan yang mencuit hati, berduka dan juga menerima maklumat yang tidak pernah aku tahu.Macam-macam pendapat yang telah kudengar berkaitan laman sosial seperti facebook yang merupakan laman social yang telah pun menjangkau pengguna seramai 400 juta dalam masa 3 tahun. Sesetengahnya melahirkan kebimbangan terhadap pengaruhnya, kesan ekonomi dan sosial namun adakah kita mampu mengekangnya? Justeru, apakah yang sepatutnya kita lakukan, pada pendapat saya yang penting adalah niat dan naluri kita serta kemampuan kita untuk menapis setiap maklumat yang diterima dan bagaimana pula kita cuba menggunakan laman ini untuk menyampaikan perkara-perkara kebaikan, org tua-tua ada berkata 'tepuk dada tanya selera'..adanya facebook sebenarnya telah memberikan kita lebih banyak peluang dan ruang dengan lebih pantas dan meluas samada untuk kita merebut peluang menggunakannya untuk sesuatu yang bermanfaat atau sudah tentu saja untuk sesuatu perkara keburukan, yang penting semuanya pada kita dan atas kehendak kita, pesan saya berhati-hatilah menerima dan menapis maklumat untuk dipersembahkan takut-takut akan menjerat diri.

No comments:

Post a Comment