Saban waktu, ada sahaja kejadian yang menimpa diri kita. Boleh jadi kita suka akan kejadian itu kerana ia menjadikan hati kita senang dan kita nampak terus faedah daripada kejadian itu. Namun, selalunya, kita terlepas pandang akan hikmah disebalik setiap kejadian. Terutamanya, kejadian yang menyebabkan diri kita mengalami kesukaran dan kepayahan. Kadang-kadang kita rasa kita telah bertemu dengan sesuatu yang menyebabkan hati kita suka dan ceria munkin juga kita bertemu dengan sesuatu yang menyebabkan hati ini sedih dan gundah gulana namun hakikatnya sesuatu yang kita sering terlupa adalah membaca dan memikirkan akan setiap kebaikan dan hikmah atas kesenangan hati atau kesedihan yang kita lalui.
Kita dilahirkan kosong dan putih, samada kita ditentukan untuk berada pada suasana yang menyenangkan atau menyukarkan semasa kita kecil, kita tetap akan melalui ranjau dan duri yang sama kerana itulah hakikat menempuhi kehidupan walau liku-liku yang kita telah lalui dengan cara yang berbeza. Pada akhirnya, kita tetap akan bertanya, kemana akhirnya kita, kepada siapa kita akan pergi dan siapakah sebenarnya diri ini.
Kita berbicara tentang kesepian, tentang erti kasih sayang, tentang perasaan cinta kerana mengharapkan ia akan mengisi apa yang kita dambakan iaitu bahagia yang menyinari sudut hati dan setiap hari-hari yang kita lalui namun kadang-kadang kita mendapati realitinya jauh dari fantasi. sesungguhnya, hakikat kehidupan adalah kita menerima setiap kekurangan diri kita seadanya dan juga menerima setiap kelebihan diri kita juga seadanya kerana setiap kekurangan dan kelebihan diri kita tidak diciptakan tanpa sebab. Semuanya diciptakan untuk kita mengenal erti kehidupan diri sendiri dan orang lain disekeliling kita supaya kita mampu mengerti dan memahami bahawa kita diciptakan untuk saling melengkapi antara suami dan isteri, ibu dan anak dan antara saudara dan sahabat. Sahabat yang ikhlas sentiasa ingin melihat kebahagiaan sahabat yang lain tanpa rasa dendam dan iri hati. Sentiasa menghulurkan tangan apabila diperlukan dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat sekalian sahabat.
Cinta yang tulus adalah cinta yang didasarkan kerana Dia Yang maha Esa, setiap tindakan mengharap redhanya..kerana cinta atas sebab yang lain tidak munkin akan berkekalan. Kalaupun kita mencintai sesama insan suatu masa kita tetap akan berpisah samada hidup atau mati kerana itulah hakikat kehidupan. tapi cinta kerana Dia akan terus subur sampai bila-bila,selamanya.
Monday, August 9, 2010
Monday, July 19, 2010
BERBALOIKAH SEBUAH ANUGERAH
Sebagai pekerja yang telah melaksanakan tugas seperti apa yang sepatutnya atau diarahkan, sudah tentulah kita mengharapkan penilaian yang terbaik atas kemampuan dan usaha yang dilakukan. Namun, dalam apa keadaan sekalipun kita tidak dapat tidak mencemburui rakan-rakan sekerja yang memperolehi Anugerah munkin samada dia menerima lebih awal atau acapkali menerimanya, memikirkannya akan membuat kita senak kepala, rasanya lebih baik jika kita tetapkan didalam minda bahawa rezeki itu bukan hak kita tetapi kurniaan Illahi.
Kadang-kadang kita berbangga dengan kejayaan-kejayaan dalam kerjaya contohnya munkin kita pernah menerima pingat atau Anugerah kecemerlangan atas tugas dan usaha serta pengorbanan yang kita lakukan untuk melaksanakan tugas kita sehingga diiktiraf munkin sebagai yang terbaik. Namun, tanpa kita sedari kita telah melupakan anugerah-anugerah kecil yang sentiasa berada di belakang kita untuk terus menyokong bagi kita memperolehi kecemerlangan atas pekerjaan yang kita lakukan.
Walaupun pada kali ini, rezeki memihak kepadaku, bagi aku berbaloikah anugerah itu atas pengorbanan insan-insan disekelilingku, mereka yang tersayang yang sentiasa bersamaku pagi petang siang malam, bersabar dengan karenah ku dan yang paling penting merelakan aku mencuri masa yang sepatutnya untuk mereka. Kadang-kadang kita hanya menilai pengorbanan kita terhadap tugasan yang kita lakukan tanpa kita sedari pengorbanan insan-insan lain yang membantu memberi laluan untuk kita dapat menjalankan bebanan tugas kita. Terima kasih tidak terhingga kepada suami dan anak-anakku kerana bagiku apa pun nilai sebuah anugerah samada kecil atau besar tetapi nilai yang paling besar bagiku adalah anugerah tuhan ini iaitu suami dan anak-anak yang sentiasa bersabar dan bersama dalam suka dan duka, susah dan senang.

Sunday, July 18, 2010
DISAAT INGIN BERPUTUS ASA
" Kehidupan ini penuh dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu kepada seribu macam pengorbanan " - Madah Pujangga
Pernahkah kita terfikir bahawa pada suatu saat dan ketika, kita sudah tidak berdaya meneruskan kehidupan, tiada apa yang perlu diusahakan untuk merubah perjalanan hidup.Setiap keinginan dan impian bukan sahaja tak mampu dicapai mengikut gerak akal dan minda namun bayang-bayangnya sendiri tidak kelihatan. Munkin itu sebenarnya yang kurasakan tika dan saat ini, terasa langkah ini semakin kecil dan mengecil tidak mampu berlari di saat orang lain telah jauh terkehadapan, adakah kesilapan merancang kehidupan dahulu harus dipersalahkan namun aku akur bahawa tiada apa yang bakal merubah apa yang telah terjadi..langkah ini perlu diteruskan walau masa semakin pendek sekurang-kurangnya biarpun bukanlah sesuatu kejayaan yang besar tapi cukuplah untuk melakukan perubahan pada diri sendiri munkin aku patut berkongsi kisah yang acapkali kita dengar pada zaman kanak-kanak ini..
Hayatilah kisah ini,selamat kembali pada zaman kanak-kanak.Semasa kecil kita mesti pernah dengar kisah perlumbaan arnab dan kura-kura.Seperti yang kita tahu kura-kura adalah haiwan yang bergerak perlahan.Manakala arnab di dalam cerita tersebut merupakan haiwan yang berlari laju tetapi sombong.Walaupun hakikatnya perlawanan itu dapat dijangkakan siapa pemenangnya,namun kura-kura tersebut tidak berputus asa.Kura-kura tersebut terus melangkah satu demi satu walaupun tapaknya kecil.Akhirnya berkat kesabarannya kura-kura tersebut telah berjaya memotong arnab.Arnab ketika waktu tersebut sedang berehat kerana terlalu memandang rendah kepada kura-kura.Hasilnya arnab lupa kepada matlamatnya untuk menamatkan perlawanan.Arnab lupa bahawa dia perlu menamatkan perlawanan tersebut kerana pada pandangannya kura-kura adalah terlalu mustahil untuk menang.Dek kerana terlupa pada matlamatnya,ini telah memberi kemenangan kepada kura-kura.Tetapi kita harus ingat,jika kura-kura tidak terus melangkah dan berehat seperti arnab adakah dia akan menang?
Tentunya tidak,kura-kura menang sebab dia terus melangkah, walaupun langkahnya kecil tetapi dia terus melangkah. Pada hari ini, namanya begitu gah jika kita kaitkan dengan cerita tersebut.
Begitu juga dengan kehidupan kita, biasanya perjalanan kita berlalu perlahan. Matlamat kita kelihatan begitu jauh.Sehinggakan tak dapat langsung mata untuk nampak bayang-bayang pehujungnya.Tetapi kita harus tahu, kita perlu sedar,kita perlu mengambil langkah kecil ini satu demi satu untuk berjaya.Oleh itu, hari ini,teruskan sahaja usaha anda. Jangan bimbang dan hanya teruskan langkah kecil anda itu. Percaya pada diri,kejayaan akan datang jua.Terus berusaha dan terus mara ke hadapan.Langkahlah satu demi satu seperti langkah kura-kura di atas yang terus gigih tanpa mengenal kepayahan.Ingat kejayaan bukan magik yang ada begitu sahaja tetapi ianya bermula dengan langkah kecil yang terus melangkah.

PETUA MENCANTIKKAN WAJAH
Kadang-kadang terfikir, kenapa kita suka melihat wajah seseorang walaupun kalau nak dibandingkan dengan wajah artis dalam majalah rasanya jauh sangat menyimpang, tapi kita tetap suka..munkinkah ini rahsianya?...
Apa yg mencantikkan wajah?Al-Ahnaf Bin Qais merupakan salah seorang ulama yg terkenal di zamannya. Suatu hari seorang pemuda dari suku kaum Tai’yi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al-Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai terutamanya anak-anak murid dan sahabat handainya. Mereka yg datang itu adalah utk tujuan belajar dan menuntut ilmu dari beliau. Bagaimanapun, kedatangan pemuda dari suku Tai’yi ini amatlah menarik perhatian Al-Ahnaf. Ahnaf mendapati pemuda ini sangat segak dan tampan, berbeza dari pemuda yg sebaya dengannya. Lalu Ahnaf pun bertanya, “Wahai anak muda! Adakah kamu menghiasi wajahmu dengan sesuatu?” Jawab pemuda tersebut, “Memang benar, saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu iaitu jika saya bercakap saya tidak pernah bercakap bohong. Kalau ada orang yg sedang bercakap, saya hanya duduk diam dan mendengar. Jika saya berjanji, saya akan tepati janji itu, dan jika saya diberikan sesuatu amanah, saya tidak akan mengkhianatinya.” Mendengar jawapan yg benas itu, maka berkatalah Al-Ahnaf, “Benar kata-katamu itu wahai anak muda. Sungguh engkau telah menghiasi dirimu dengan akhlak yg mulia”Ehm...apa yg terzahir secara jasmani sebenarnya adalah terpancar dari rohani kita... sekiranya rohani kita baik...insyaAllah, jasmani kita pun baik juga...Sekadar peringatan untuk diri sendiri juga...
Saturday, July 17, 2010
CARA MASAK ASAM PEDAS JOHOR
Masakan asam pedas memang tak boleh lari daripada orang JOHOR. Masa kita comel dulu, boleh dikatakan hari-hari mak kita masak asam pedas ikan. Kadang-kadang ikan tenggiri, kadang-kadang ikan sembilang, ikan mayong, ikan bawal, ikan parang, dan ikan terubuk. Tapi asam pedas JOHOR ni mmg berhantu kalau sekali makn jadi nak dan nak lagi walaupun pedasss...Nak masak asam pedas mesti kena betul caranya
1. Mula-mula, ikan mesti fresh, kalau tak masak macam mana cara sekalipun, tak de maknenya.
2. Cili kering juga mesti baru. Jangan cili kering dah berlapuk ada hati nak masak asam pedas. Hancus.
Bahan-bahannya:
4 ketul ikan (tenggiri, mayong, atau ikan merah 3 senduk cili kisar ( cili kering - 2 genggam+ bawang merah - 8 ulas + bawang putih - 5 ulas + halia setengah inci + kunyit hidup 1/2 inci gak + belacan sikit) - Disebabkan kita seisi rumah ala-ala allergic belacan, kita tak gunakan belacan lah air asam jawa satu mangkuk kecil (ikut suka masam mana awak nak) Bendi 6 batang (kalau suka banyak, letaklah banyak) Daun kesum 1 ikat. garam. minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1. Mula-mula panaskan minyak. Minyak biar lebih sikit.
2. Masukkan cili kisar tadi. (api biar sederhana supaya cili tak hangit - sat lagi kalau hangit kalu, buat param kat dahi je la cili tu). Tumis hingga wangi dan masak cili tu. Letak air dua mangkuk supaya cili masak lebih lama - baru sedap) - pastikan kuah agak pekat bukan cerui macam air sungai. Nanti asam pedas tak menendang
3. Lepas dah lama masak cili tu, masukkan air asam jawa
4. Dah didih, masukkan ikan, Ikan jangan masak lama-lama nanti hilang manis timbul payau.
5. Last sekali masukkan garam, bendi dan daun kesum. Bila dah masuk sayur jangan masak lama. Nanti bendi lembik sangat tak sedap.
6. Ambik pinggan makan.
Fuh! berpeluh beb! dulu mase aku dlm perjalanan balik sekolah mmg dah terbayang-bayang emak aku punyer asam pedass walla...
BUDAYA FESBUK MENGUNTUNGKAN ATAU MENJELIKKAN
Masa berlari begitu pantas walaupun masa yang sama dan peredaran bumi yang sama iaitu 24 jam, tiada yang berbeza namun seolah-olah kita tidak mampu mengejar masa untuk setiap kerja yang kita lakukan sehari-hari, mengapa?.Kadang-kadang aku tekenang zaman kecilku, berlari-lari anak bersama kawan-kawan menyusuri parit kecil dibelakang rumah jiran, sesekali menangkap berudu dilopak-lopak air, menghabiskan waktu petang bermain guli, baling tin dan macam-macam lagi permainan yang jarang dimainkan oleh anak-anak sekarang termasuk anak-anakku, jika tiada aktiviti disekolah kadang-kadang aku yang memaksa mereka keluar rumah, melihat dunia, bermain dan beriadah, apa tidaknya facebook,twitter,myspace seolah-olah sudah menjadi teman akrab, tanpanya seolah-olah tiada seri yang menerangi hidup sehari-hari, benarkah?. Munkin saja aku membenarkan kata-kata itu kerana facebook seolah-olah menjadi rakan pengubat luka, disaat sepi mencengkam, melayari facebook dan seumpamanya melihat gelagat kawan-kawan yang mencuit hati, berduka dan juga menerima maklumat yang tidak pernah aku tahu.Macam-macam pendapat yang telah kudengar berkaitan laman sosial seperti facebook yang merupakan laman social yang telah pun menjangkau pengguna seramai 400 juta dalam masa 3 tahun. Sesetengahnya melahirkan kebimbangan terhadap pengaruhnya, kesan ekonomi dan sosial namun adakah kita mampu mengekangnya? Justeru, apakah yang sepatutnya kita lakukan, pada pendapat saya yang penting adalah niat dan naluri kita serta kemampuan kita untuk menapis setiap maklumat yang diterima dan bagaimana pula kita cuba menggunakan laman ini untuk menyampaikan perkara-perkara kebaikan, org tua-tua ada berkata 'tepuk dada tanya selera'..adanya facebook sebenarnya telah memberikan kita lebih banyak peluang dan ruang dengan lebih pantas dan meluas samada untuk kita merebut peluang menggunakannya untuk sesuatu yang bermanfaat atau sudah tentu saja untuk sesuatu perkara keburukan, yang penting semuanya pada kita dan atas kehendak kita, pesan saya berhati-hatilah menerima dan menapis maklumat untuk dipersembahkan takut-takut akan menjerat diri.
Friday, July 16, 2010
ZUHUD KHALIFAH DARI RIEZMA HASZLIN
PENYERI MALAM,
BUKAN BULAT BULAN,
TAPI KEYAKINAN PENUH KEPADA TUHAN,
DIA PANDANG, DIA LINDUNG,
DARI SEGALA KETAKUTAN,
AKIBAT KELAM DI KOLAM ILHAM.
PENYERI MALAM,
BUKAN BINTANG TIMUR,
TASBIH PANJANG,
TAHMID DAN SYUKUR,
MENANGI HATI MENGHIAS PERIBADI,
BERSIH SEJERNIH HATI,
BUKAN TERPANCAR BERKILAU DI DAHI,
LAZATNYA HIKMAH NUR INSANI,
MEMAYUNGI LEMBARAN PERJALANAN.
BULAN PUNGUK DITANGKAI RINDU,
MENYERI MALAM SERIBU PENJURU,
CUMA WUDUK PENCUCI PARAS YANG BURUK,
DAN TAWADUK MENGUCUP SYAHDU,
KE PUNCAK NIAT,
BERHARAP BERKAT HAYAT,
MENGHARAP MANTAP JASAD SIHAT.
BUKAN LANTERA LANGIT UTARA,
MEMBIAS CITRA BUNGA-BUNGAAN SYURGA,
HIJRAHLAH JARI-JEMARI DARI LINGKARAN SANGSI,
MEMBILANG RIBUAN JUTAAN PUJI-PUJIAN,
SANJUNGAN AGUNGKAN NAMA TUHAN.
SAMUDERA IMAN,
TAWAKAL DAN NAKHODANYA,
WARAS AKAL MEREMPUH NAFSU AMARAH,
TERBUNUHNYA LENA ALPA,
HANCURLAH RIAK BANGGA,
SEBAGAI INSAN KAMIL KONONNYA,
NAMUN HIJRAHLAH KE DASAR IMAN.
KEHUJUNG SEDAR,
BERAMAL BUKAN MENGHARAP BURUJ,
DISEMAT KE DADA,
HIDUP DAN MATI HANYA,
UNTUK NIKMATI SYAFAAT PENGHULU HAMBA,
HANYA PAHALA DI BURU,BUAT PEMBASUH DOSA

Subscribe to:
Posts (Atom)