



Kita dilahirkan kosong dan putih, samada kita ditentukan untuk berada pada suasana yang menyenangkan atau menyukarkan semasa kita kecil, kita tetap akan melalui ranjau dan duri yang sama kerana itulah hakikat menempuhi kehidupan walau liku-liku yang kita telah lalui dengan cara yang berbeza. Pada akhirnya, kita tetap akan bertanya, kemana akhirnya kita, kepada siapa kita akan pergi dan siapakah sebenarnya diri ini.
Kita berbicara tentang kesepian, tentang erti kasih sayang, tentang perasaan cinta kerana mengharapkan ia akan mengisi apa yang kita dambakan iaitu bahagia yang menyinari sudut hati dan setiap hari-hari yang kita lalui namun kadang-kadang kita mendapati realitinya jauh dari fantasi. sesungguhnya, hakikat kehidupan adalah kita menerima setiap kekurangan diri kita seadanya dan juga menerima setiap kelebihan diri kita juga seadanya kerana setiap kekurangan dan kelebihan diri kita tidak diciptakan tanpa sebab. Semuanya diciptakan untuk kita mengenal erti kehidupan diri sendiri dan orang lain disekeliling kita supaya kita mampu mengerti dan memahami bahawa kita diciptakan untuk saling melengkapi antara suami dan isteri, ibu dan anak dan antara saudara dan sahabat. Sahabat yang ikhlas sentiasa ingin melihat kebahagiaan sahabat yang lain tanpa rasa dendam dan iri hati. Sentiasa menghulurkan tangan apabila diperlukan dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat sekalian sahabat.
Cinta yang tulus adalah cinta yang didasarkan kerana Dia Yang maha Esa, setiap tindakan mengharap redhanya..kerana cinta atas sebab yang lain tidak munkin akan berkekalan. Kalaupun kita mencintai sesama insan suatu masa kita tetap akan berpisah samada hidup atau mati kerana itulah hakikat kehidupan. tapi cinta kerana Dia akan terus subur sampai bila-bila,selamanya.